Pada suatu hari, saat cuaca begitu panas, kerana matahari bersinar dengan teriknya, seekor burung gagak terbang mengitari sebuah ladang gandum untuk mencari air. Burung gagak merasa sangat kehausan. “Dimanakah dapat kucari air untuk ku minum?” tanyanya dalam hati. Burung gagak mengepak-ngepakan sayapnya dengan susah payah untuk dapat tetap terbang. Dia merasa begitu letih karena udara yang sangat panas. Di kejauhan dilihatnya sebuah pohon yang sangat rendang. Dia pun berfikir untuk berteduh sejenak, kerana dia merasa sudah tak sanggup lagi untuk terbang. Segeralah burung gagak itu terbang menuju pohon yang rendang itu, lalu hinggap di dahan yang berdaun lebat.
Ketika dia sedang beristiahat, dia melihat seekor ulat sedang berjalan diantara daun-daun pohon yang berwarna hijau itu. “Apa yang sedang kau lakukan ulat?” tanya burung gagak. “Aku sedang menikmati makananku” jawab ulat sambil memakan daun hijau itu. “Apa yang sedang kau lakukan disini?” tanya ulat kepada burung gagak. “Aku merasa sangat haus. Aku telah terbang mengitari ladang ini, tetapi aku belum juga menemukan air untukku minum” jawab burung gagak dengan nada putus asa. “Lalu kulihat pohon yang rendang ini. Aku memutuskan untuk berteduh sejenak, siapa tahu setelah berteduh, rasa hausku akan hilang” kata burung gagak lagi.
“Cubalah kau terbang ke belakang rumah pemilik ladang. Biasanya mereka menyimpan air di dalam teko yang diletakan di dekat jendela” saran ulat sambil terus menikmati makan siangnya. “Terima kasih, aku akan segera ke sana” kata burung gagak lalu segera terbang ke tempat yang ditunjukkan sang ulat tadi.
“Aku tidak boleh terbang terlalu tinggi” katanya dalam hati. Dan.. “Apa itu?!???” tanya burung gagak dengan mata yang tertuju kepada suatu benda. “Bukankah itu teko yang dikatakan oleh sang ulat tadi?” tanyanya pada diri sendiri. “Ahh.. betul!! Itu teko air!!” seru burung gagak penuh harapan.
Burung gagak pun terbang lurus ke bawah untuk melihat apakah ada air di dalam teko itu. “Akhirnya!!….aku menemukan air juga. Aku tidak akan kehausan lagi” kata burung gagak. Lalu ia pun segera mendekati teko air tersebut. Burung gagak berusaha mendorong kepalanya ke dalam teko. Sayangnya, leher teko terlalu kecil sehingga kepalanya tidak dapat masuk. Lalu ia mencoba untuk mendorong agar teko itu jatuh sehingga airnya dapat mengalir keluar. Tetapi sekali lagi gagal karena teko itu terlalu berat. “Apa yang harus kulakukan?” tanya burung gagak pada dirinya sendiri.
Burung gagak pun berpikir keras untuk sementara waktu. “Air sudah di depanku, tetapi aku masih juga belum dapat menikmatinya” katanya dengan rasa putus asa. Lalu ia melihat ke sekelilingnya untuk mencari cara agar ia dapat segera minum. Dilihatnya beberapa kerikil tidak jauh dari tempat teko air berada.
Tiba-tiba sebuah idea bagus muncul di dalam fikirannya. Dia mulai mengambil kerikil satu persatu, kemudian menjatuhkannya ke dalam teko air tersebut. “Semakin banyak kerikil yang kumasukan ke dalam teko, maka air akan semakin naik” fikir burung gagak. Demikianlah akhirnya, burung gagak mengumpulkan kerikil untuk dimasukan ke dalam teko air hingga permukaan air pun semakin lama semakin naik. Ketika air sudah cukup tinggi, burung gagak memasukan kepalanya ke dalam leher teko, lalu segera minum. “Ahhh.. segarnya!” kata burung gagak lalu ia pun terbang kembali menuju ke tempat tinggalnya.
Pesan moral dari cerita di atas : Jangan pernah merasa putus asa. Teruslah berusaha, nescaya setiap kesulitan yang dihadapi pasti ada jalan keluarnya.
Pada suatu pagi, seekor keldai pergi meragut rumput di sebuah padang rumput yang luas. Ia meragut rumput dengan gembira kerana rumput di situ sunguh segar. Lagipun tiada haiwan lain di di situ, jadi ia dapat meragut rumput dengan senang hati. ‘’Oh, beruntung sungguh aku hari ini!’’ Setelah kenyang, keldai mamandang sekeliling, tiba-tiba ia ternampak seekor serigala yang kelaparansedang menuju ke arahnya.“Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku lari, tentu serigala itu berjaya mengejar aku,”rungut keldai yang ketakutan itu. Tiba-tiba keldai mendapat idea. Keldai memberanikan diri. Ia berpura-pura berjalan dengan selamba ke arah seringala. “Apakah yang sedang berlaku? Mengapa kamu tidak lari sebaik sahaja ternampak aku?’’ tanya serigala yang kehairanan. Tiada gunanya aku lari kerana kamu tetap akan buru dan menangkap aku. Akhirnya aku akan jadi makanan kamu juga.’’ Kata keldai dengan berani.‘’Betul juga cakap kamu. Kalau kamu terlepas hari ini, esok atau lusa kamu akan jadi mangsa aku juga,’’kata serigala.’’ Tapi tiada seronok kalau aku dapat tangkap kamu dengan mudah. Kan lebih seronok kita main kejar-kejar. Kalau aku berjaya tangkap kamu, aku akan memakan kamu…’’ ‘’Baiklah, aku setuju dengan cadangan kamu,’’Kata keldai,’’tapi sebelum kita main kejar-kejar,aku mahu meminta pertolongan kamu. Boleh kah kamu tolong buangkan serpihan duri di dalam kuku kaki belakang aku.’’ ‘’Ya, sudah tentu aku akan tolong kamu!’’ Kata serigala. Keldai pun menghuluhkan kaki belakangnya ke arah serigala. Ketika serigala cuba memegang kakinya dan menunduk untuk mencabut duri tersebut, keldai pun menendang muka serigala dendang kuat. Aaaaaahhhhhhh!’’Jerit serigala dengan kuatnya. Disebabkan tendangan keldai itu amat kuat, serigala mengalami kecederaan yang teruk. Hidungnya berdarah dan beberapa batang giginya patah. Akhirnya ia lari dengan kesakitan yang amat sangat.’’ Lain kali aku akan tangkap kamu dan makan kamu!’’ jerit serigala dengan marah.
Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang-binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.
Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.
Sang Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah rambutan yang sedang masak ranum di seberang sungai. "Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.
Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepadaku apakah yang engkau hendak sampaikan".
Sang Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun ke dasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".
Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".
Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meninggalkan buaya-buaya tersebut. Akan tetapi nasib Sang Kancil agak malang kerana buah rambutan yang masak ranum itu habis dimakan oleh monyet-monyet yang tinggal di hutan yang berhampiran.
Sang Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun ke dasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".
Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".
Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meninggalkan buaya-buaya tersebut. Akan tetapi nasib Sang Kancil agak malang kerana buah rambutan yang masak ranum itu habis dimakan oleh monyet-monyet yang tinggal di hutan yang berhampiran.
Sang Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun ke dasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".
Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman". Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil.
Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meninggalkan buaya-buaya tersebut. Akan tetapi nasib Sang Kancil agak malang kerana buah rambutan yang masak ranum itu habis dimakan oleh monyet-monyet yang tinggal di hutan yang berhampiran.
Pengajaran daripada cerita di atas , Kita janganlah melakukan pengainayaan terhadap orang lain kerana setiap perbuatan pasti akan ada balasannya.
Adakah anda kenal siapakah dia
Salman al-Farisi? Anda pernah dengar kisah mengenainya? Atau, anda lebih
mengenali siapakah itu Shahrukh Khan? Anda lebih kenal Mawi? Rosham Nor?
Realitinya, masyarakat kita hari ini lebih mengenali artis, penyanyi dan
pelakon berbanding mengenali para Sahabat Nabi radhiallahuanhum serta
tokoh-tokoh Islam yang lain.
Ini satu kepincangan yang tidak boleh dibiarkan. Kita sepatutnya menjadikan
para sahabat dan tokoh-tokoh Islam sebagai ‘role model‘, idola dan contoh
ikutan dalam kehidupan kita. Ini tidak, kita jauh lebih mengenali dan
mengkagumi artis berbanding para sahabat nabi SAW.
Maka, hari ini, suka saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai kisah
ketokohan dan kehebatan Salman al-Farisi. Baca dan ambil lah pengajaran
daripada kisah ini.
SALMAN AL-FARISI
Salman Al Farisi tergolong salah seorang sahabat akrab Rasulullah saw. Beliau
berasal dari negeri Farsi dan merupakan salah seorang dari kumpulan orang-orang
islam yang permulaan. Pernah dimasa hidupnya Salman Al Farisi ini telah diberi
jawatan sebagai amir atau gabenor di salah sebuah jajahan takluk Islam. Namun
demikian, kedudukannya itu sedikit pun tidak mengubah peribadinya yang sangat
penyantun, rendah diri serta zuhud terhadap kemewahan dunia.
Oleh keranan keadaan hidupnya yang sangat sederhana itu sukar sekali orang lain
mengenalinya sebagai gabenor di wilayah itu.
Pada suatu hari adalah diriwayatkan bahawa seorang rakyat awam tanpa mengenali
Salman terus menariknya secara kasar lalu menyuruhnya melakukan suatu kerja
yang berat untuknya. Orang itu menjumpai Salman Al Farisi yang tidak
dikenalinya itu dijalanan. Ia mempunyai sebuah karung besar berisi rumput lalu
menyuruh Salman Al Farisi memikulnya hingga ke rumahnya. Maka Salman yang
berhati mulia itu tanpa banyak soal pun terus memikulnya sambil berjalan.
Kebetulan sedang mereka berjalan dijalanraya itu, lalulah seorang lelaki lain
sambil mengucapkan Assalamualaikum kepada Salman Al Farisi. Salman lantas
membalas salam orang yang dikenalinya itu. Oleh kerana terkejut melihat
gabenornya memikul karung itu, maka orang yang mengenali Salman itu terus
menanyakan orang lelaki yang berjalan bersama gabenor nya itu, “Wahai
Tuan…tahukah tuan bahawa orang yang memikul karung itu adalah Salman Al
Farisi…amir negeri kita ini?”
Wah..tentu terkejut sekali lelaki itu mendengarkan perkataan orang itu. Apa
lagi bila dikenangnya bahawa orang yang telah dikasarinya itu adalah gabenornya
sendiri. Maka dia pun lantas meminta maaf lalu meminta Salman menurunkan karung
yang sedang dipikulnya itu. Tetapi Salman menjawab, “Oh tidak mengapa tuan,
biarlah saya pikul karung ini sehingga sampai ke rumah tuan.
Demikianlah ketinggian budi Salman Al Farisi, salah seorang sahabat besar
Rasulullah saw.
PENGAJARAN
Salman al-Farisi tak pernah bersikap sombong atau angkuh walaupun beliau adalah
seorang gabenor/pemerintah. Jadi, siapalah kita untuk sombong dan angkuh?
Salman al-Farisi mempunyai peribadi muslim yang sejati. Beliau sangat
penyantun, rendah diri serta zuhud terhadap kemewahan dunia. Jadi, kita pun
mesti melatih diri kita untuk menjadi seperti Salman a-Farisi.
Disebabkan Salman al-Farisi ini adalah salah seorang sahabat nabi SAW yang
agung, maka kita sangat digalakkan untuk meletakk an nama itu kepada anak kita.
Dengan nama baik yang diberikan itu, moga-moga anak kita akan menjadi anak yang
soleh dan hebat seperti Salman al-Farisi.
1. Orang yang tidak menganggap dirinya
bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.
2. Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah
putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.
3. Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia
difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung.
4. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat
pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang
berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat
dengan kita.
5. Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah
berasa marah.
6. Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak
dianggap merdeka.
7. Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang
diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu,
hiduplah dalam kesederhanaan.
8. Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri
dengan kekesalan.
9. Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.
10. Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan
kesilapan adalah perkara yang luar biasa.
11. Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang
dialami lebih daripada 1000 tahun.
12. Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda
suka.
13. Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan
kesilapan yang mungkin kita lakukan.
14. Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.
15. Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.
16. Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang
memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.
17. Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan
orang lain.
18. Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.
19. Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana
kesilapan orang lain.
20. Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah
lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan
sendiri.
21. Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara
baik.
22. Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan
bercakap dan lebihkan mendengar.
23. Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari
anda telah menuding kepada diri anda sendiri.
24. Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang
bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.
25. Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia
memaafkan kesilapannya.
26. Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik
daripada bersikap buruk terhadap mereka.
27. Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting,
yang paling penting ialah arah yang kita tujui.
28. Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang
yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain
kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.
29. Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan.
Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan
yang baik.
30. Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita
perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.
31. Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu
hukuman baginya.
32. Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan
menggunakan kaedah yang paling mudah.
33. Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi
ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.
34. Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.
35. Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di
atasi dengan kasih sayang.
36. Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang
jernih juga berasal daripada awan yang gelap.
37. Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita
perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.
38. Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang
yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada
itu.
39. Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang
yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.
4o. Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan
tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
41. Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna
tetapi berbau busuk.
Lambang Malaysia
menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam
Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama -sama
anak bulan itu tanda Agama Islam iaitu agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris
itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis,
Kelantan dan Terengganu.
Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau
Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu melambangkan negeri
Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari negeri-negeri Selat.
Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna hitam dan
putih ialah warna bagi negeri Pahang, merah, hitam dan kuning warna bagi Negeri
Sembilan.
Tiga bahagian sebelah bawah menandakan Negeri Sabah di
bahagian sebelah kiri dan Sarawak sebelah kanan.Di tengah-tengahnya pula adalah
Bunga Raya iaitu Bunga Kebangsaan. Dua ekor harimau menunjukkan sebagai
penumpang jata negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Cogan kata "Bersekutu Bertambah mutu" ditulis
dengan huruf rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan.Warna
kuning pada awan-awan itu adalah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia
Raja-raja.