Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan,
aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda
harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.
Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadia
bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja
kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku
miliki.
Selang beberapa bula, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat
badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku. Ketika
badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku
sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas.
Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis
kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.
Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku.
Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini
aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.
No comments:
Post a Comment