Pages

2 Dec 2012

Mat Jenin


   Syahadan, maka tersebutlah kisah seorang pemuda yatim piatu yang dikenali sebagai Mat Jenin. Pemuda itu hidup sebatang kara di sebuah desa di gerubuk peninggalan ibubapanya. Gerubuk itu teramatlah daifnya dengan dindingnya yang senget dan atap rumah yang bocor apabila hujan turun dengan lebatnya. Akan tetapi semua itu tidaklah dipedulikan oleh Mat Jenin kerana dia amat malas membuat kerja. Malah untuk membaiki gerubuk pusaka itu pun tidak di pedulikannya. kerjanya pula sehari-harian hanyalah memasang angan-angan.

    Maka mashyurlah seluruh daerah itu tentang tabiat dan perangainya itu  menjadi buah mulut orang. Akan apabila Mat Jenin berasa lapar, pergilah ia ke kedai makan dan duduk menunggu di situ kalau-kalau ada orang yang baik hati yang akan menanggung makan-minumnya. Maka kalau ada sesiapa yang ingin berseronok, segeralah dia menegur Mat Jenin bertanyakan angan-angannya yang terbaru. Mat Jenin pun bersegeralah menceritakan angan-angannya itu tanpa bertangguh lagi apatah lagi jika yang menegur itu pula menyuruh dia meminta apa-apa makanan yang diingini.

     Maka Mat Jenin akan bercerita sehingga sehari suntuk tidaklah dia mahu berhenti. Apabila kerbau sudahpun balik ke kandang, ayam dan itik pulang ke sarang, api menyala di dian, barulah dia balik ke gerubuk buruknya itu untuk tidur. Angin ribut yang bertiup pun tidak dibimbangnya, malah jikalau gerubuk buruknya bergegar dipukul angin, dia hanyalah menarik kain selimutnya dengan lebih rapat lagi sambil berangan-angan. Katanya jikalaulah roboh gerubuk itu, tentulah jiran-jiran sekeliling akan membantu dia membina rumah baru. Jadi tidaklah lagi dia perlu bersusah-payah membaiki teratak buruk itu. Akan begitulah kerja Mat Jenin itu sehari-hariani. Jika apabila tidak ada orang yang hendak membayar makan-minumnya barulah dia mencari kerja. Tetapi kerja yang dibuatnya pula dipilih-pilih, tidaklah dia ingin membanting tulang di sawah padi kerana panas, ataupun pergi menangkap ikan kerana mabuk katanya. Oleh itu apa yang sanggup dilakukan oleh Mat Jenin hanyalah memanjat pokok kelapa, kerana menurutnya kerja itu teduh dan berangin pula. Itupun Mat Jenin hanyalah mengambil upah memanjat pokok kelapa apabila dia memerlukan duit belanja.

    Tersebutlah pada suatu hari nasib Mat Jenin tidak begitu baik kerana tidak ada orang yang ingin membayar makan-minumnya. Maka terpaksalah dia mencari-cari sesiapa yang ingin mengupahnya memanjat pokok kelapa. Tetapi lebih malang lagi nasibnya itu, pada hari itu dia tidak berjumpa dengan sesiapa pun yang memerlukan kelapanya dipetik. Maka terpaksalah dia merayau-rayau sekeliling kampung dalam keadaan kelaparan. Sedang dia duduk berfikir-fikir seorang diri tentang apa yang perlu dilakukannya maka nampaklah olehnya seorang nenek tua sedang mendongak-dongak ke atas melihat-lihat buah kelapa.

    "Nenek nak kelapa? Saya boleh tolong panjatkan." sapa Mat Jenin Nenek itu berpaling ke arah Mat Jenin
"Memang nenek mencari buah kelapa untuk memasak. Boleh ke cucu tolong petikkan untuk nenek?"
"Sudah tentu boleh nenek. tetapi apa yang nenek boleh berikan kepada cucu sekiranya cucu tolong petikkan buah kelapa nenek?" tanya Mat Jenin.
Jawab nenek tua itu, "Nenek tak ada banyak benda nak nenek beri. Tetapi kalau cucu sanggup petikkan buah kelapa ini untuk nenek, bolehlah cucu makan sekali dengan nenek. Lagipun nenek boleh berikan beberapa biji telur ayam untuk cucu."
"Saya nak buat apa telur ayam tu." kata Mat Jenin.

    "Telur ayam ini kalau cucu eramkan, nanti akan menetas. Bolehlah cucu membela ayam,"jawab nenek itu lagi. Mat Jenin duduk berfikir sejenak di dalam hatinya, kalau telur itu menetas sudah tentu aku akan dapat membela ayam untuk aku jual." Baiklah nenek, sangguplah saya memanjat kelapa ini untuk nenek." Setelah berkata demikian, maka Mat Jenin pun mulalah memanjat pokok kelapa itu. Ketika mula hendak memanjat itu, dia asyik berfikir tentang kata-kata nenek itu maka hatinya bertambah girang.

     "Kalau aku eramkan telur-telur itu tentulah telur-telur itu menetas. Bolehlah aku biarkan ayam-ayam itu sekeliling gerubuk aku sehingga besar. Apabila sudah besar bolehlah aku makan." Setelah berfikir demikian, dia pun berpaling kepada nenek itu dan berkata, "Kalau telur-telur itu menetas bolehlah saya makan ayamkan, nenek?" Nenek tua itu kehairanan tetapi terus sahaja menjawab "Betul cu." Sambil Mat Jenin berangan-angan, dia terus memanjat pokok kelapa itu semakin tinggi.

     "Tetapi kalau aku biarkan ayam-ayam itu bertelur tentulah semakin banyak ayam-ayamaku membiak. Jadi tentunya aku akan dapat banyak daging dan telur untuk aku makan.Tetapi kalau terlalu banyak tentu susah aku menjaganya. Jadi baik aku tukarkan ayam-ayam itu dengan kambing tentu lebih beruntung. Bolehlah aku biarkan kambing-kambing itu mencari makan di keliling gerubuk aku. Tak perlu aku bersusah payah memanjat pokok kelapa lagi. Dan lagi tidak perlulah aku risau-risaukan menjaga ayam-ayam itu banyak-banyak." fikirnya lagi.
     Setelah berfikir demikian, dia pun berpaling kepada nenek itu dan berkata "Kalau ayam-ayam itu saya jual bolehlah saya dapatkan kambing, kan nenek?" Nenek tua itu berasa geli hati mendengarkan kata-kata Mat Jenin itu tetapi dia terus menjawab "Betul tu cu." Mat Jenin memanjat semakin tinggi, sambil itu dia berangan-angan semakin tinggi,"Kalau aku sudah banyak kambing, aku akan tukarkan dengan lembu pula. Lagipun lembu itu lebih gemuk dan banyak dagingnya. Tentu aku bertambah kaya dan dihormati orang." Sekali lagi dia menoleh ke bawah melihat nenek itu, "Kalau saya tukarkankambing itu dengan lembu tentu lagi baik, kan  nenek?" dia menjerit ke bawah.

     Nenek itu terus menjawab "Betul tu cu.." sambil tersenyum-senyum, menampakkan gusinya yang tidak bergigi itu. Nasib baik Mat Jenin sudah jauh di atas pokok kelapa dan tidak nampak nenek itu mentertawakan dia. Mat Jenin semakin kuat berangan-angan, "Kalau aku sudah dapat membela lembu, tentu aku dapat mengupah orang untuk menjaga lembu-lembu itu sehingga beranak pinak. Jadi aku akan dapat lebih banyak lembu, aku akan jadi kaya. Tak perlulah aku susah payah berkerja lagi . Bolehlah aku membela kerbau pula nanti." Sekali lagi dia memekik ke bawah, "Nenek! kalau saya sudah banyak lembu bolehlah saya tukarkan dengan kerbau pula ye, nenek. Kayalah saya masa itu." Sekali lagi nenek itu menjawap, "Betul tu cu." "Kalau cu sudah kaya bolehlah cucu berkahwin." tambahnya lagi. Mat Jenin mengangguk-anggukkan kepalanya, "Kawin!" Dia terus memanjat semakin tinggi meninggalkan nenek itu sayup-sayup di bawah sana.
Ya!Ya! Kalau selama ini tidak ada perempuan yang ingin memandang mukanya kerana kemiskinannya, tentu akan berebut-rebutlah perempuan yang gilakannya setelah dia kaya nanti. Tetapi, masa itu dia tidak akan melayan perempuan- perempuan itu. Dia sudah pun kaya dan tentu dia dapat memilih siapa calon isterinya nanti. Ya! Ya! dia sudah tentu memilih isterinya dari perempuan-perempuan yang istimewa. Dia akan memilih  puteri raja. "Nenek! Saya akan kahwin dengan puteri raja." jeritnya ke bawah.

    Jawapan nenek itu hanya sayup-sayup, tidak didengarinya kerana dia sudah pun tinggi di atas pokok kelapa. "Tentu aku akan mempunyai ramai anak." fikirnya lagi sambil tersenyum- senyum. "Dan mereka akan berlari-lari membuat bising. Isteri aku tentu akan mengidamkan perhiasan emas dan meminta dari aku. tetapi aku tidak akan beri. Kalau dia membuat bising, tentu aku akan tampar dia seperti ini." Serentak dengan itu Mat Jenin melepaskan pelukannya dan menampar pelepah kelapa itu sambil menengking "Jangan nak mengada mintak barang kemas dari aku.", dan ketika itu bertempiaranlah seekor tupai yang sedang menyorok di celah pelepah kelapa itu, mengejutkan Mat Jenin dari angan-angannya itu. Mat Jenin terkejut besar sehinggakan terlepaslah pegangannya dari pokok kelapa itu.Maka jatuhlah dia dari pokok kelapa itu sampai ke bawah, berdebuk seperti buah kelapa tua yang luruh bunyinya.

     Terkejutlah nenek tua itu melihatkan Mat Jenin terjatuh dan bersegeralah dia meluru untuk memberikan pertolongan Malangnya MatJenin telah mati di situ juga. Maka dengan itu tamatlah riwayat Mat Jenin yang terlampau suka berangan-angan sehinggakan menjadi mangsa angan-angannya itu sendiri. Demikianlah diceritakan orang kisah Mat Jenin yang malang.

Pengajaran yang didapati ialah:
1.Jangan berangan-angan
2.Buat kerja dengan bersunggug-sungguh

Apai Saloi


Kisah Apai Saloi – siapa tau ? Apai Saloi adalah kisah rakyat masyarakat kaum Iban tentang seorang yang digambarkan sebagai  lurus bendul .

    Pada suatu hari Apai Saloi diajak kawannya Apai Seumang-umang pergi ke hutan mencari harta kerana niatnya ingin mempergunakan Apai Saloi yang terkenal dengan sifat lurus bendul tersebut. Kerana bercadang untuk merantau sebulan, mereka menyediakan bekal yang mencukupi sebelum meninggalkan rumah panjang.   Keesokkan harinya, mereka berdua pun berangkat meninggalkan rumah panjang dengan menyusuri Sungai Rajang. Setelah agak lama bersampan melalui sungai, mereka pun naik ke darat. Apai Saloi hanya mengikut Apai Seumang-umang dari belakang.   Mereka berjalan terus berjalan di dalam hutan . Bila penat mereka berehat dan kembali meneruskan perjalanan.   Sehinggalah pada suatu hari mereka terjumpa sebuah gua. Apai Saloi tetap mengikut Apai Seumang-umang memasuki gua tersebut.    Alangkah terkejutnya mereka apabila terlihat cahaya yang bergemerlangan dari timbunan emas dan permata. Seronoknya Apai Seumang-umang kerana bertemu dengan harta karun yang banyak seperti yang diingininya. Tetapi Apai Seumang-umang baru tersedar mereka tidak membawa bekas untuk mengisi harta karun tersebut.     Apai Seumang-umang meminta Apai Saloi menunggu di dalam gua sementara dia keluar mencari rotan untuk dibuat bakul. Apabila Apai Seumang-umang keluar dari gua, tinggallah Apai Saloi seorang diri. Kerana menunggu terlalu lama, Apai Saloi pun tertidur.     Tiba-tiba Apai Saloi terjaga apabila terdengar suara dari beberapa orang lelaki  yang bersenjata tombak dan parang.“Apa yang kamu buat di sini?” tanya salah seorang dari lelaki tersebut.“Aku menjaga harta karun ini “ jawap Apai Saloi.“Harta siapa yang punya?” tanya lelaki tersebut lagi.” Tentulah raja yang punya” jawap Apai Saloi.“Bawa orang ini bersama harta ke istana”, perintah seorang lelaki lain yang seperti seorang ketua.     Apai Saloi dibawa ke istana dan menerima anugerah dan pujian dari raja kerana beranggapan Apai Saloi telah menjaga harta karun raja yang telah hilang selama ini.

Angsa Berbulu Emas



    Alkisah, ada seekor angsa berbulu emas hidup di sebuah kolam. Ada sebuah rumah dekat kolam itu, dimana tinggal seorang ibu miskin dan dua orang puterinya. Mereka benar-benar miskin dan hidup menderita. Angsa itu tahu bahawa mereka sedang mengalami masalah.


     Angsa berfikir, “Jika aku memberikan  selembar bulu emasku kepada mereka satu demi satu, ibu itu dapat menjualnya. Mereka akan hidup lebih baik  dengan wang dari penjualan buluku itu.” Angsa itu kemudian terbang ke rumah wanita itu. “Angsa,” kata ibu, “Mengapa kau kemari, kami tidak mempunyai apa-apa untukmu.”

     “Aku tidak minta apa-apa,” sahut angsa, “Aku ingin memberikan sesuatu kepadamu. Aku tahu keadaan kalian. Aku akan memberikan bulu emasku satu persatu kepadamu. Juallah, maka kalian tidak menderita lagi.” Angsa mencabut selembar bulunya dan pergi. Dari waktu ke waktu angsa datang dan setiap kali ia memberikan selembar bulu emas. Ibu dan kedua puterinya hidup berkecukupan dengan menjual bulu-bulu angsa emas.

     Namun wanita itu ingin segera mengambil semua bulu emas angsa itu. Pada suatu hari ia berkata kepada anaknya, “Jangan percaya kepada angsa itu, mungkin saja ia  tidak pernah datang lagi. Jika ini terjadi, kita akan menjadi miskin lagi. Kita ambil saja semua bulunya ketika ia datang lagi nanti.” Puteri-puterinya dengan polos berkata, “Ibu, kita akan melukai angsa itu. Kami tidak mahu menyakitinya.” Namun sang ibu tetap dengan pendiriannya.

     Ketika angsa datang lagi, ibu itu menangkapnya dan mencabuti semua bulu angsa. Namun bulu-bulu emas itu berubah menjadi bulu-bulu biasa yang kasar dan aneh . Ibu terkejut melihat bulu-bulu itu.


    “Ibu yang malang,” kata angsa, “Aku ingin menolongmu, namun sebaliknya kau hendak membunuhku. Aku selalu memberimu bulu-bulu emasku, namun sekarang aku tidak merasa perlu menolongmu lagi. Aku akan pergi dan takkan  pernah kembali lagi.” Sang ibu menyesal dan minta maaf kepada angsa. Angsa berkata, “Jangan serakah.” Ia pun terbang meninggalkan rumah itu dan tak pernah terlihat lagi.

Kisah Enam Orang Buta Melihat Gajah


 


        
Pada zaman dahulu, hiduplah enam orang buta. Mereka sering mendengar tentang gajah. Namun kerana mereka semua belum pernah melihatnya, mereka ingin sekali mengetahui bagaimana keadaan gajah itu. Maka mereka beramai-ramai pergi melihat gajah.

     Orang buta pertama mendekati gajah. Ia tersandung dan ketika terjatuh, ia tersandar disisi tubuh gajah yang kukuh. “Oh, sekarang aku tahu!” katanya, “Gajah itu seperti tembok.”
     Orang buta kedua meraba gading gajah. “Mari kita lihat...,” katanya, “Gajah ini bulat, licin dan tajam. Jelaslah gajah lebih mirip sebuah tombak.”
Yang ketiga kebetulan memegang belalai gajah yang bergerak menggeliat-geliat. “Kalian salah!” jeritnya, “Gajah ini seperti ular!”
     Berikutnya, orang buta keempat melompat penuh semangat dan jatuh menimpa lutut gajah. “Ah!” katanya, “Bagaimana kalian ini, sudah jelas binatang ini mirip sebatang pohon.”
     Yang kelima memegang telinga gajah. “Kipas!” teriaknya, “Bahkan orang yang paling buta pun tahu, gajah itu mirip kipas.”
Orang buta keenam, segera mendekati sang gajah, ia menggapai dan memegang ekor gajah yang berayun-ayun. “Aku tahu, kalian semua salah.” Katanya. Gajah mirip dengan tali.”
     Demikianlah keenam orang buta itu bertengkar. Masing-masing tidak mau mengalah. Semua teguh dengan pendapatnya sendiri, yang sebahagian benar, namun semuanya salah. Mereka semua hanya meraba bagian tubuh gajah yang berlainan, mereka tidak melihat keseluruhan gajah itu sendiri.

1 Dec 2012

Gagak Yang Haus



        Pada suatu hari, saat cuaca begitu panas, kerana matahari bersinar dengan teriknya, seekor burung gagak terbang mengitari sebuah ladang gandum untuk mencari air. Burung gagak merasa sangat kehausan. “Dimanakah dapat kucari air untuk ku minum?” tanyanya dalam hati. Burung gagak mengepak-ngepakan sayapnya dengan susah payah untuk dapat tetap terbang. Dia merasa begitu letih karena udara yang sangat panas.  Di kejauhan dilihatnya sebuah pohon yang sangat rendang. Dia pun berfikir untuk berteduh sejenak, kerana dia merasa sudah tak sanggup lagi untuk terbang. Segeralah burung gagak itu terbang menuju pohon yang rendang itu, lalu hinggap di dahan yang berdaun lebat.
       Ketika dia sedang beristiahat, dia melihat seekor ulat sedang berjalan diantara daun-daun pohon yang berwarna hijau itu. “Apa yang sedang kau lakukan ulat?” tanya burung gagak. “Aku sedang menikmati makananku” jawab ulat sambil memakan daun hijau itu. “Apa yang sedang kau lakukan disini?” tanya ulat kepada burung gagak. “Aku merasa sangat haus. Aku telah terbang mengitari ladang ini, tetapi aku belum juga menemukan air untukku minum” jawab burung gagak dengan nada putus asa. “Lalu kulihat pohon yang rendang ini. Aku memutuskan untuk berteduh sejenak, siapa tahu setelah berteduh, rasa hausku akan hilang” kata burung gagak lagi.
    “Cubalah kau terbang ke belakang rumah pemilik ladang. Biasanya mereka menyimpan air di dalam teko yang diletakan di dekat jendela” saran ulat sambil terus menikmati makan siangnya. “Terima kasih, aku akan segera ke sana” kata burung gagak lalu segera terbang ke tempat yang ditunjukkan sang ulat tadi.
     “Aku tidak boleh terbang terlalu tinggi” katanya dalam hati. Dan.. “Apa itu?!???” tanya burung gagak  dengan mata yang tertuju kepada suatu benda. “Bukankah itu teko yang dikatakan oleh sang ulat tadi?” tanyanya pada diri sendiri. “Ahh.. betul!! Itu teko air!!” seru burung gagak penuh harapan.
    Burung gagak pun terbang lurus ke bawah untuk melihat apakah ada air di dalam teko itu. “Akhirnya!!….aku menemukan air juga. Aku tidak akan kehausan lagi” kata burung gagak.  Lalu ia pun segera mendekati teko air tersebut. Burung gagak berusaha mendorong kepalanya ke dalam teko. Sayangnya, leher teko terlalu kecil sehingga kepalanya tidak dapat masuk. Lalu ia mencoba untuk mendorong  agar teko itu jatuh sehingga airnya dapat  mengalir keluar. Tetapi sekali lagi gagal karena teko itu terlalu berat. “Apa yang harus kulakukan?” tanya burung gagak pada dirinya sendiri.
     Burung gagak pun berpikir keras untuk sementara waktu. “Air sudah di depanku, tetapi aku masih juga belum dapat menikmatinya” katanya dengan rasa putus asa.  Lalu ia melihat ke sekelilingnya untuk mencari cara agar ia dapat segera minum. Dilihatnya beberapa kerikil tidak jauh dari tempat teko air berada.
     Tiba-tiba sebuah idea bagus muncul di dalam fikirannya. Dia mulai mengambil kerikil satu persatu, kemudian menjatuhkannya ke dalam teko air tersebut. “Semakin banyak kerikil yang kumasukan ke dalam teko, maka air akan semakin naik” fikir burung gagak.
   Demikianlah akhirnya, burung gagak mengumpulkan kerikil untuk dimasukan ke dalam teko air hingga permukaan air pun semakin lama semakin naik. Ketika air sudah cukup tinggi, burung gagak memasukan kepalanya ke dalam leher teko, lalu segera minum. “Ahhh.. segarnya!” kata burung gagak lalu ia pun terbang kembali menuju  ke tempat tinggalnya.
Pesan moral dari cerita di atas : Jangan pernah merasa putus asa. Teruslah berusaha, nescaya setiap kesulitan yang dihadapi pasti ada jalan keluarnya.

Keldai dengan Serigala


     
                                                               
                          Keldai Dengan Serigala

      Pada suatu pagi, seekor keldai pergi meragut rumput di sebuah padang rumput yang luas. Ia meragut rumput dengan gembira kerana rumput di situ sunguh segar. Lagipun tiada haiwan lain di di situ, jadi ia dapat meragut rumput dengan senang hati.     ‘’Oh, beruntung sungguh aku hari ini!’’ Setelah kenyang, keldai mamandang sekeliling, tiba-tiba ia ternampak seekor serigala yang kelaparansedang menuju ke arahnya.“Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku lari, tentu serigala itu berjaya mengejar aku,”rungut keldai yang ketakutan itu. Tiba-tiba keldai mendapat idea. Keldai memberanikan diri. Ia berpura-pura berjalan dengan selamba ke arah seringala.        “Apakah yang sedang berlaku? Mengapa kamu tidak lari sebaik sahaja ternampak aku?’’ tanya serigala yang kehairanan. Tiada gunanya aku lari kerana kamu tetap akan buru dan menangkap aku. Akhirnya aku akan jadi makanan kamu juga.’’ Kata keldai dengan berani.‘’Betul juga cakap kamu. Kalau kamu terlepas hari ini, esok atau lusa kamu akan jadi mangsa aku juga,’’kata serigala.’’ Tapi tiada seronok kalau aku dapat tangkap kamu dengan mudah. Kan lebih seronok kita main kejar-kejar. Kalau aku berjaya tangkap kamu, aku akan memakan kamu…’’     ‘’Baiklah, aku setuju dengan cadangan kamu,’’Kata keldai,’’tapi sebelum kita main kejar-kejar,aku mahu meminta pertolongan kamu. Boleh kah kamu tolong buangkan serpihan duri di dalam kuku kaki belakang aku.’’      ‘’Ya, sudah tentu aku akan tolong kamu!’’ Kata serigala. Keldai pun menghuluhkan kaki belakangnya ke arah serigala. Ketika serigala cuba memegang kakinya dan menunduk untuk mencabut duri tersebut, keldai pun menendang muka serigala dendang kuat. Aaaaaahhhhhhh!’’Jerit serigala dengan kuatnya. Disebabkan tendangan keldai itu amat kuat, serigala mengalami kecederaan yang teruk. Hidungnya berdarah dan beberapa batang giginya patah. Akhirnya ia lari dengan kesakitan yang amat sangat.’’ Lain kali aku akan tangkap kamu dan makan kamu!’’ jerit serigala dengan marah.





29 Nov 2012

Sang Kancil dengan Sang Buaya

                                          Sang Kancil dengan Sang Buaya
   
     Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang-binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.
   Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.
    Sang Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah rambutan  yang sedang masak ranum di seberang sungai. "Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.
      Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepadaku apakah yang engkau hendak sampaikan".
   Sang Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun ke dasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".
    Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".                    
      Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meninggalkan buaya-buaya tersebut. Akan tetapi nasib Sang Kancil agak malang kerana buah rambutan yang masak  ranum itu habis dimakan oleh monyet-monyet yang tinggal di hutan yang berhampiran.
      Sang Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun ke dasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".
    Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".                    
   Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meninggalkan buaya-buaya tersebut. Akan tetapi nasib Sang Kancil agak malang kerana buah rambutan yang masak  ranum itu habis dimakan oleh monyet-monyet yang tinggal di hutan yang berhampiran.
   Sang Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun ke dasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".
  Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".   Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil.  
   Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meninggalkan buaya-buaya tersebut. Akan tetapi nasib Sang Kancil agak malang kerana buah rambutan yang masak  ranum itu habis dimakan oleh monyet-monyet yang tinggal di hutan yang berhampiran.
  Pengajaran daripada cerita di atas , Kita janganlah  melakukan pengainayaan terhadap orang lain kerana setiap perbuatan pasti akan ada balasannya.